1. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN E27 (PSH) - 06 KEKOSONGAN
Tarikh Temuduga : 15 Mac 2016
Gaji : RM 72.00 sehari
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Jabatan Perangkaan Malaysia Kajang, Tingkat 2, Lot 13, Jalan 10/3, Seksyen 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor
Majikan : Jabatan Perangkaan Malaysia Kajang
Kelulusan: Diploma
Jantina: Lelaki/Perempuan
Mempunyai Lesen Memandu dan kenderaan sendiri
Terbuka Kepada semua warga negara Malaysia yang berkelayakan.
SEJARAH
Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).
Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri,Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda