SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Wednesday 16 March 2016

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) - 25 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Pembantu Kemahiran H17
4. Pemandu Kenderaan H11

Majlis Perbandaran Nilai


Cara-cara Memohon
 
1. Permohonan hendaklah menggunakan  Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%).
     
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

  1. Salinan MyKad;
  2. Salinan Sijil Lahir
  3. Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
  4. Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

  • tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
  • tidak lengkap atau tidak terang;
  • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  • tidak menulis nombor MyKad;
  • tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
  • tidak ditandatangani; dan
  • permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.  

4. Tarikh Buka Permohonan   : 14 Mac 2016 (Isnin)
     
5. Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mac 2016 (Jumaat)
     
6. Alamat Jabatan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO.1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT NO. 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
   
7. Catatan Am  

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan temu duga di laman web MPN (www.mpn.gov.my).
  • Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan / atau temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;
  • Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai..
  • Semua salinan sijil tidak perlu disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri. .

Muat turun iklan jawatan kosong di sini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) - 25 Mac 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong