SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 1 March 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 14 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebagai :

1. AKAUNTAN, GRED W41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27
3. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED N27 (LELAKI SAHAJA)
5. PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED N17 (LELAKI SAHAJA)
6. PEMBANTU AKAUNTAN, GRED W17
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W17

Tarikh tutup permohonan pada 14 Mac 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

MDSB


CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.

b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan)
iii) Transkip keputusan peperiksaan semua semester
iv) Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
v) Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

e) PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :-

i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan
iv) Tidak ditandatangani
v) Diterima selepas tarikh tutup iklan.

f) Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja

g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

i) CATATAN AM:

Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar perlantikan Anak Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon yang layak dari Negeri Selangor.

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) - 14 Mac 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong