SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday, 2 February 2016

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 05 Februari 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Tourism Malaysia Februari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Tourism Malaysia sebagai :

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Tarikh tutup permohonan pada 05 Februari 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia

CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

ii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

iii) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA.
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)

iv) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

v) Gambar yang dikemukakan hendaklah berukuran saiz gambar pasport. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

vi) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’.

vii) Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Februari 2016 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

Encik Kamarudin Idris - 03-8891 8908
Encik Mohd Zaini Samsuddin - 03-8891 8921

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 05 Februari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong