SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday, 24 January 2016

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) pada 27 Januari 2016

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Bahagian Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) :

1. Penolong Pegawai Tadbir N27

KLASIFIKASI : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

GRED : N27

KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan

JADUAL GAJI : Gaji Harian

RM 72.00 sehari

Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)


SYARAT LANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

(c) Mempunyai kelayakan STPM/STAM/Diploma. Keutamaan akan diberikan kepada yang memiliki Diploma dalam bidang Perundangan atau Syariah atau yang berkaitan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 dan

(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. CARA MEMOHON

1.1 Calon yang berminat boleh menghantar resume berserta salinan sijil yang disahkan pada atau sebelum 27 Januari 2016 (Rabu) ke Bahagian ini seperti alamat berikut:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS BAWAH DAN ARAS 2,
No. 2251 BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL, 
43300 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

1.2 Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. 

2. SYARAT AM

2.1 Permohonan terbuka kepada semua yang layak dan memenuhi syarat lantikan seperti yang dinyatakan di atas;

2.2 Calon diwajibkan untuk membawa Kad Pengenalan, Sijil SPM/ STPM/ STAM/
Diploma dan transkrip keputusan Diploma yang asal semasa menghadiri temuduga.

2.3 Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini.

3. TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN

4. KEMUDAHAN DAN ELAUN

Anggota sambilan yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011, seperti berikut:

i) Elaun Perjalanan Kenderaan

ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing

iii) Elaun Harian

iv) Elaun Makan
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) pada 27 Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong