SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Sunday 17 January 2016

Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) - Januari 2016

Jawatan kosong terkini di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) sebagai :

1. Pembantu Tadbir N17

Tarikh tutup permohonan pada Januari 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

JAWATAN KOSONG DI PEJABAT PENGARAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN

Syarat-Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh menghantar permohonan.
3. Pemohon telah menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).
4. Pemohon yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma juga boleh memohon.
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
6. Permohonan daripada pelbagai bangsa amat digalakkan

Maklumat Perkhidmatan Jawatan
1. Tempoh minimum perkhidmatan yang ditawarkan adalah tiga (3) bulan. (Pelanjutan 3 bulan seterusnya adalah berdasarkan prestasi dan kelulusan PPTGWP).

2. Calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian/Seksyen/Unit di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Kadar upah bagi jawatan ini adalah sebanyak RM 54.00/ sehari.

4. Hanya pemohon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir ke sesi temuduga pada masa yang akan ditetapkan oleh PPTG WP.

Dokumen Permohonan
1. Pemohon boleh mengemukakan resume terkini beserta gambar ukuran pasport secara pos/serahan tangan ke alamat berikut:

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan
Aras G-6, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 Kuala Lumpur
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

2. Pemohon juga boleh menghantar resume ke emel tanahwila@ptgwp.gov.my atau sahida@ptgwp.gov.my

Iklan jawatan dan syarat permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) - Januari 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong