SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Wednesday 2 December 2015

Jawatan Kosong Terkini Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Pekerja Sambilan Harian) - 10 Disember 2015

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Disember 2015. Permohonan adalalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Pekerja Sambilan Harian)

Majikan : Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Alamat : Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5, Perbendaharaan 2, No.7, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 Putrajaya, WP Putrajaya.




Deskripsi/ Tugasan:

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

1. (a) JAWATAN : Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

(b) TARAF JAWATAN : Pekerja Sambilan Harian

(c) AGENSI : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

(d) KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Professional.

(e) KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan.

(f) TEMPAT KEKOSONGAN : Bahagian Khidmat Perunding


2. JADUAL UPAH : RM100.00 sehari

Syarat dan kelayakan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia ;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau

(d) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau

(e) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(f) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(g) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang khas JANM(K)1/2008. Muat turun borang permohonan, Sila Klik Disini.

(b) Isi borang JANM(K)1/2008 dengan lengkap setelah meneliti panduan dalam borang berkenaan. Permohonan yang menggunakan borang selain dari JANM(K)1/2008 akan ditolak.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil persekolahan, salinan surat Beranak dan lain-lain dokumen berkaitan, yang telah disahkan.

Permohonan berikut AKAN DITOLAK :

(i) tidak disertakan dengan dokumen- dokumen yang diperlukan;

(ii) tidak lengkap atau tidak terang;

(iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(iv) tidak ditulis nombor kad pengenalan;

(v) tidak diturunkan tanda tangan.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

Jabatan Akautan Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Perunding,
Aras 5, Perbendaharaan 2,
No.7, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 PUTRAJAYA.

Tarikh tutup permohonan pada 10 Disember 2015

Bagi mana-mana majikan yang ingin mengiklankan info jawatan kosong sila isi borang permohonan jawatan kosong di http://myjobelist.blogspot.com/p/submit-job.html .
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong Terkini Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Pekerja Sambilan Harian) - 10 Disember 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong