SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Monday, 15 June 2015

Temuduga Terbuka di PTPTN - 16 Jun 2015

Temuduga terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Kuala Lumpur Jun 2015. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh / Hari : 16 Jun 2015 (Selasa)

Masa : Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi petang : 2.00 petang hingga 5.00 petang
(Waktu pendaftaran : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)

Tempat : a) Bilik PUSPANITA, Tingkat 8
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
Damansara Heights 50490 KUALA LUMPUR

b) Bilik NEPTUNE, Tingkat 9
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 KUALA LUMPUR

Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)
PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) WP KUALA LUMPUR
GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI


Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon yang :

• Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran.
• Perwatakan menarik.
• Berkebolehan berkomunikasi dengan baik.
• Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.
• Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk.
• Berkebolehan menganalisa dengan baik.
• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan
berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan
tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh
menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

ptptn

Info selanjutnya disini

Muat turun borang permohonan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Temuduga Terbuka di PTPTN - 16 Jun 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong