1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera) JA29
2. Penolong Pegawai Tadbir (Bahagian Penguatkuasaan) N27
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Penguatkuasa N17
5. Pembantu Kesihatan Awam U17
6. Pembantu Penilaian W17
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Pembantu Kemahiran H17
9. Pembantu Awam H11
Tarikh tutup permohonan pada 26 Julai 2015
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan
Cara-Cara Memohon:
(a) Permohonan mestilah menggunakan Borang MDHTR.1 yang hendaklah dimuat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah.
(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil berikut:
i) Kad Pengenalan yang disahkan,
ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan,
iii) Diploma (Salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA)
iv) Kad pengenalan ibubapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012. Pastikan Kenyataan Perkhidmatan
yang lengkap dan kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama
permohonan tersebut.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan
(e) Tarikh Tutup Permohonan dan Semua permohonan (termasuk permohonan melalui pos)
hendaklah diterima oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) selewat‐lewatnya sebelum atau
pada 26 Julai 2015 (Ahad) Jam 5.00 Petang.
(f) Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang
tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak
berjaya.
(h) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kanan sampul surat:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu.
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.
(i) Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan
calon‐calon yang akan menghadiri temu duga tersebut. Hanya calon yang berjaya dalam urusan
temu duga akan dimaklumkan.
Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda