1. Eksekutif Jualan
Kelayakan:
- Mempunyai Ijazah dalam Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan, atau bidang-bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang jualan/pemasaran.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, profesional, etika dan berketerampilan;
- Boleh bekerja lebih masa, memenuhi deadlines dan mencapai sasaran jualan;
- Boleh bekerja dalam satu pasukan serta sebagai individu, berorientasikan hasil, mobile, metodikal dan berdisiplin;
- Mesti mempunyai pengangkutan sendiri;
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Fasih bertutur dalam dialek Cina adalah satu kelebihan;
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Jumaat, 16 Januari 2015 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13, Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda