SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 30 August 2016

Jawatan Kosong di Universiti Islam Malaysia (UIM) - 07 September 2016

Jawatan kosong terkini di Universiti Islam Malaysia (UIM) September 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR 

Tarikh tutup permohonan 07 September 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Berkanun / Swasta

jawatan kosong di uim september 2016

Bidang Tugas Pembantu Tadbir UP11

  • Membuat dan mengemaskini tagging serta dokumentasi fail terbuka atau sulit bahagian pentadbiran dan sumber manusia.
  • Urusetia dalam penyediaan surat temuduga, menghubungi calon-calon untuk pengesahan kehadiran serta memaklumkan pada ahli panel penemuduga yang terlibat.
  • Menjadi urusetia mesyuarat jawatankuasa kecil dibawah bahagian pentadbiran dan sumber manusia melibatkan jemputan ahli mesyuarat, tempahan jamuan dan fasilliti serta penyediaan dokumentasi mesyuarat.
  • Membantu Penolong Pendaftar dalam menyediakan dokumentasi seperti cuti, faedah dan tuntutan.
  • Merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan tempahan dan tuntutan umum, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan di peringkat Pejabat / Bahagian / Unit.
  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Pejabat / Bahagian / Unit yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail / dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan urusan majlis dan aktiviti yang dirancang di peringkat Universiti / Pejabat / Bahagian / Unit.
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat – Syarat Permohonan

  • Warganegara malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    Sijil pelajaran malaysia (spm) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Kepujian bahasa malaysia/melayu (termasuk lulus ujian lisan).
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan fail.
  • Diutamakan pada calon yang memiliki diploma yang berkaitan Pengurusan Sumber Manusia.
  • Diutamakan pada calon yang mempunyai pengalaman dalam urusan fail sumber manusia.
  • Keutamaan diberi kepada yang mempunyai pengalaman selama 2 tahun dalam bidang tersebut.

Info jawatan selanjutnya disini
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Universiti Islam Malaysia (UIM) - 07 September 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong