SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Thursday 3 March 2016

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 11 Mac 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mac 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Perak yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mac 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

CARA MEMOHON
-Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk Pind 1/2007) yang boleh didapati melalui laman web http://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan atau mengirim sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri bersetem RM1.00.
-Pemohon dalam perkhidmatan kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
-Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan /surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
-Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2016 ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p: Unit Perjawatan)

-Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
-Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
-Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
-Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 11 Mac 2016 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong