SUPPORT KAMI
Sekiranya anda merasakan laman kerja ini banyak membantu dan memberikan manfaat kepada semua, mohon supaya anda like dan share ke wall anda. Sila like dan share kami dibawah. Terima kasih.

Tuesday 3 February 2015

Walk-In Interview Polis Diraja Malaysia (PDRM - SUKSIS) 09 - 13 Februari 2015

Temuduga terbuka di Polis Diraja Malaysia (PDRM - SUKSIS) Februari 2015. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan temuduga terbuka jawatan inspektor (Lepasan Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SPP) Lelaki/Wanita Siri 1/2-15 Kontinjen Johor yang akan diadakan seperti berikut:

1. Jawatan : Inspektor Sukarelawan dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki/Wanita

2. Elaun Penugasan

3. Syarat Skim Perkhidmatan

3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45
tahun pada tarikh temuduga.

3.3. Kelayakan:

3.3.1. Lulus SRP/PMR atau setaraf dengannya.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua
Jabatan / Majikan untuk berkhidmat sebagai
Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3. Bersih daripada sebarang tapisan jenayah dan
rekod keselamatan.
3.3.4. Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan
beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam
keadaan darurat.
3.3.5. Pekerja-pekerja dari kumpulan ‘Key Personal’
seperti Hospital/TNB (break down)/Telekom,
Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas
dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak
memohon.
3.3.6. Sila bawa semua sijil asal dan salinan kad
pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil
Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan
salinan kad pengenalan ibubapa/Sijil
Warganegara ibubapa serta 2 keping gambar
ukuran passport semasa hadir pengesahan
dokumentasi di IPK atau IPD yang akan
ditetapkan.
3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis
adalah tertakluk kepada jadual
perintah/peraturan/kaedah PVR Regulation 1956,
Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap
Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

4. Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan
pancaindera seperti berikut:-

4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm,
Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita :
48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas
(Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik;
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk
pemeriksaan X-Ray.

5.Calon-calon Hendaklah Membawa Perkara-Perkara Berikut:

5.1 Kad pengenalan asal dan salinan fotostat
5.2. Sijil kelahiran asal.
5.3. Semua sijil-sijil asal kelulusan akademik, transkrip,
kegiatan luar dan sijil penghargaan (dan salinan
fotostat).
5.4 (2) keping gambar terbaru berukuran passport
5.5 Pen Ball Point.

6. Calon-calon hendaklah berpakaian kemas:

6.1 Lelaki : Seluar panjang, baju lengan panjang dan bertali
leher.
6.2 Wanita: Pakaian kemas/sopan (bersesuaian)
6.3 JEANS, T-SHIRT LEHER BULAT DAN SELIPAR TIDAK
DIBENARKAN
6.4 Bawa bersama pakaian sukan (ujian Fizikal)
Lelaki: T-shirt putih/berwarna dan seluar pendek
Wanita : T-shirt putih/berwarna dan track bottom.

pdrm


7. Eksesais Temuduga Jawatan Inspektor ( Lepasan Pasukan Sukarelawan Siswa/Siswi Polis [Suksis] ) dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) (Lelaki/Wanita) Siri 1/2015 Kontinjen Johor (Walk-In Interview) akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

KONTINJEN JOHOR

IPK JOHOR (Zon 1) – 07-2254435/2254439
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai

IPD Batu Pahat (Zon 2) – 07-4341222
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai

IPD Segamat (Zon 3) – 07-9312222
Tarikh : 09-13 Februari 015
Masa : 8.00 pagi sehingga selesai

* Sebarang kemusykilan, sila hubungi Cawangan Hal Ehwal Awam IPK Johor di talian 07-2254435/2254439.



 INFO SELANJUTNYA DISINI 
Jom follow kami di facebook sekarang dan dapatkan info terkini terus ke wall facebook anda
Walk-In Interview Polis Diraja Malaysia (PDRM - SUKSIS) 09 - 13 Februari 2015 Rating: 4.9 Diposkan Oleh: Jawatan Kosong